Sabda Adi Salvatrucha

Sabda Adi Salvatrucha

Page 29 of 366 :

Bangun lewat dan bergelandangan dalam ruang siber, membangun laman blog. Mengembalikan api ingatan kepada skil yang semakin bersawang.
Di TV ada AJL sedang berdendang, aku tak pernah membenci mereka kerana maksiat, tapi bila semua sessi lepak menjadi sepi, maka aku memang berhak memaki mereka

Page 28 of 366 :

Ke pasar malam jerantut dan mengagih sedikit kupon rock n roll.
Busking ternyata lebih meriah dengan tamborin dan shaker

Page 27 of 366 :

Tidur kesiangan dan busking sampai lewat malam menjadi rutin.
makin lupa tentang hal lain, termasuk internet yang sudah mula menampakkan wajahnya yang penuh kebosanan

Page 26 of 366 :

Kembalikan wang pampasan kepada yang berhak,
busking secara orkestra di Esplanade yang berakhir dengan suara garau pemabuk kampung lupa daratan

Page 25 of 366 :

mendambakan mimpi yang lain tapi masih menjalani hidup serupa
kisah cuti sudah mula menerbitkan rasa-rasa bosan

arwithutarid:
coolest tattoo ever!
becometheteeth:

Holy shit

arwithutarid:

coolest tattoo ever!

becometheteeth:

Holy shit

(Source: waitingbythestairs)

Bertambah nyata : MENJADI BANGSA MERDEKA
berarti ‘mendidik diri sendiri” selaku filsafat

Sitor Situmorang

Page 24 of 366 :

Membuat cajon adalah satu hal yg bersusah payah,
nak memainkan cajon pula adalah satu lagi masalah.
koleksi lagu yg secuit juge dah mula jadi masalah.

kita selalu mengharap masalah kebosanan dapat diatasi dengan aktiviti riadah tanpa menyedari riadah itu sendiri akhirnya akan menyesakkan rumah fikiran dan mencipta masalah kebosanan yang baru.

Page 23 of 366 :

Ada gig, ada pesta, ada sosok aktivis, ada suasana.
ada hari-hari lama dan ada hari-hari baru

Menyebarkan bunyian harum ke seluruh taman,
berbahagi cerita, berbahagi ketawa

Page 22 of 366 :

Membelah lautan bersama-sama musa.
Membelah skate park, membelah sunyi taman sepanjang malam.

Page 21 of 366:

mengelilingi dunia bundle dalam 80 minit. dari temerloh sampai pasar malam jengka.
menuangkan hari-hari kosong dengan aktiviti tak berfaedah

Page 20 of 366 :

Satu kelahiran semula , dengan umur serba baru.
Hari-hari terakhir berkerja sebelum percutian panjang musim panas

Page 19 of 366 :

mewah dengan ucapan hari jadi walaupun selama ini kuanggap hari ulang tahun itu tak ubah seperti pembunuh bersiri.

Kata orang, semakin banyak kita menyambut hari kelahiran, semakin sedikitlah bilangan usia kita yang tersisa. Ada juga betulnya.
Namun tak ramai yang tahu, di satu belahan dunia yang lain, salji pernah turun di wilayah tropika tepat ketika saat kelahiranku.
Mungkinkah alam pun ikut meraikan kelahiran seorang bayi yg ‘cool’ :)

Aku menghabiskan malamku dengan hidangan Mcd …

Page 18 of 366 :

Selesai menghiaskan Cajon dengan pakaian yang serba masonic,
Tertidur sepanjang petang meninggalkan telefon tak berjawab 8 kali.

Top