Page 49 of 366
Chapter II :-
Umpama seorang kanak-kanak yang berdiri sendirian di tengah labyrinth yang mirip ubat nyamuk.
mengimbangi sifat naif dengan rasa cemas dan curiga.
Tabir-tabir hitam berlapis-lapis menjadi tembok yg menghalang pandangan.
“Selaklah tabir itu, atau kau takkan pernah tahu apa yg ada di belakangnya”
Disinilah kau mula terdorong oleh sangkaan-sangkaan yang pelbagai rupa.
Baik kah? atau buruk kah? dua perasaan yang saling mengasak dan saling pula menguja.
Di sinilah sifat ingin tahu setiap kamu diuji, sedangkan majoriti manusia berlalu tanpa pernah ada sifat untuk cuba mengerti.
Kau jadi manusia berbeza bermula saat kau cuba menyelaknya.
Ternyata di balik tirai hitam itu ada tirai-tirai yang berwarna putih.
Berlapis-lapis.
Dan sangkaan-sangkaan yang mendatangimu tadi hanyalah sifat pengecut belaka.
“Untuk mengerti, kau harus mengalaminya sendiri”
Kau mulai meruntuhkan tirai-tirai putih tadi satu persatu,
Dan yang kau dapati adalah lapisan-lapisan tirai-tirai lain yang berwarna biru.
Dan bila kau ulangi menyelak dan menyelak, kau menemukan tirai kuning, hijau, merah, kelabu,..
Berlangsung terus selagi kau berani,
Kau hanya berhenti menyelak bila sudah tak berani lagi,
atau kau sudah letih,
atau juga kau sedar bahawa kau takkan mampu menghabiskan hingga tirai yang terakhir.
Kerana kapasiti umurmu sendiri terbatas pada limit.
“Manusia hanyalah fikiran belaka, tak kurang dan tak lebih.”
Setiap kali kau kembali ke dalam kelompok manusia.
Alangkah terperanjatnya kau bahawa mereka hampir tak ada yang pernah menyelak tirai hitam.
Apa lagi yang putih, biru, kuning, magenta…..
Baru kau sedar, kau sebenarnya orang gila.
Setidak-tidaknya itulah yang terlihat di mata mereka.
Tapi kau tahu kau tak gila,
Meskipun punya habit suka menilai manusia dari warna-warna tirai yang mungkin mereka pernah buka. Kan itu juga habit orang gila yang sesungguhnya.
