Sabda Adi Salvatrucha

Sabda Adi Salvatrucha

Semoga tuhan mengizinkan jemariku terus menari diatas papan kekunci.
menghayunkan langkah riang agar hati mereka yang membacanya ikut riang..
Namun, tak semua lagu itu bersifat riang,
dengarkanlah lagu-lagu cinta, yang didendangkan dalam nada persis anak merintih kehilangan bapa..
kita yang tak tahu menyanyi, layaknya cuma jadi pengkritik

Chapter V [ Page 137 of 366 ]

Adi Sabdatrucha

kurang menulis itu bermakna aku sedang kurang membaca
kurang membaca itu bermakna aku sedang kurang berfikir
kurang berfikir itu bermakna aku sedang membodohi diri

Chapter V [ Page 136 of 366 ]

Adi Sabdatrucha

meroboh sistem lama tanpa merangka sistem baru yg lebih baik adalah bullshit

Chapter V [ Page 131 of 366 ]

sebelum king Richard the lionheart mati, beliau berpesan, 

“kita takkan menang melawan umat islam selagi umat islam tak tengok benda ini” 

lalu Richard menunjukkan kepada semua hadirin rahsia besar yang ada di dalam gengaman tangannya … VCD kuch kuch hota hai ..


 [ Page 130 of 366 ]



Tahukah anda tentang kepentingan ‘promosi’ ?
Seorang promoter produk sabun kesihatan akan cuba sedaya upaya menggambarkan sabunnya adalah yang terbaik yang mana kalau anda menggunakan sabun lain, anda berhadapan risiko lumpuh, mandul dan mati dalam kesengsaraan.

Tahukah anda di mana letaknya kehebatan promosi the avengers?
The Avengers bukanlah sabun kesihatan.
Tapi The Avengers adalah produk sabun untuk membuatkan orang sihat menjadi lumpuh, mandul dan mati dalam kesengsaraan dan penipuan

*Filem paling membosankan yang pernah aku tengok di skrin 3D starmall
2 jam bercakap dan cuma 30 minit aksi


[ Page 118 of 366 ]

dengarlah sejuta lagu pun tentang kebebasan, yakinlah, belum ada lagu yang pernah membebaskan…
bacalah walau senaskah buku tentang penindasan, percayalah bahawa Jose Rizal sudah pernah membuktikan..

*andai kebebasan itu benar2 apa yang kau percaya

[ Page 116 of 366 ]

Sabda Adi Salvatrucha

mereka memacak paku-paku tajam di bawah tumitmu agar kau tak mampu berdiri tegak,
mereka mengepit kepalamu dengan ragum besi agar otakmu menyumpit keluar bagai larva Krakatoa
mereka mengikat kedua belah tanganmu dengan rantai besi lantas menyentapnya ke arah bertentangan sehinggakan tulang-tulangmu menjadi renggang
Mereka menjahit lidahmu ke lelangit agar suaramu tak mampu bergetar
Mereka menaburkan duri pada kelopak matamu agar kau sentiasa terpejam
Mereka melilitmu dengan kawat besi agar kau tak mampu berganjak walau seinci

“Orang-orang fasis dan diktator tidak akan merasa senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti ideologi mereka.

Chapter IV [ Page 115 of 366 ]

Kalau di TV dah lama aku tukar siaran,
tapi sebab di stadium.. aku cuma dapat memendam kebosanan

Chapter IV [ Page 113 of 366 ]

Semakin jarang aku memperkatakan perihal cinta,
sedangkan mata ketiga yang celik di dalam minda itu sudah lama menemukan cinta sebagai jawapan untuk menepis setiap kerosakan kosmos.

Tak berkata, tak bermakna ia tiada, kerana ia juga adalah udara.
kadang-kadang debu,
meski selalunya ia mirip air yang mengalir di atas cermin jendela. Kabur


Chapter IV [ Page 112 of 366 ]

tak siapa tahu hari yang bernombor satu satu satu tahun ini jatuhnya hari sabtu

Chapter IV [ Page 111 of 366 ]

candu tak turun dari langit, sayangku..
ia datang dari benih popi dan disemai sendiri oleh penduduk bumi

Chapter IV
Page 110 of 366

Malangnya Nimrod tak pernah merasai demam,
makanya dia tak pernah pula dianugerahi surat MC.
Sebaliknya aku bukan saja bertuah kerana mendapat demam dan cuti
Malahan, aku hidup di zaman berteknologi, mewah dengan ubat nyamuk yang bermutu tinggi

Chapter IV
[ Page 109 of 366 ]

Sabda Adi Salvatrucha

Perseteruan abadi Chelsea Barcelona
Aku sedar ada kemenangan yg tak membanggakan
Tapi ada kekalahan yang sangat menggembirakan

Hehehehe dasar pencemburu


Chapter IV
[ Page 108 of 366 ]

mendepani masa atau membelakanginya sampai reput ?

Chapter IV
[ Page 107 of 366 ]

(S) apakah persamaan perjuangan antara zed zaidi, perkasa, nazi dan redneck ?
(J) tuhan patut mengagihkan rezeki manusia berdasarkan negara masing-masing

Chapter IV [ Page 100 of 366 ]

Sabda Adi Salvatrucha

Top